Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sekurang-kurangnya 83 orang dilaporkan terbunuh manakala 178 yang lain cedera setelah beberapa siri serangan bom meletus di kompleks permakanan anak cucu Rasulullah Sayyidah Zainab, di ibukota Syria, Damsyik.
Agensi Berita Sana melaporkan pada mulanya pengganas menggunakan kereta awam yang sarat dengan bahan letupan. Serangan itu disusuli dengan serangan bom kedua dan ketiga yang menyasarkan tempat orang awam berkumpul.
Kumpulan militan IS mengaku bertanggung jawab dalam serangan tersebut berdasarkan berita Amaq yang menyokong kumpulan terbabit.
Laporan awal pada hari Ahad lalu menceritakan 2 serangan bom pengganas IS terjadi di Barat Homs yang mana sekurang-kurangnya 57 terbunuh manakala 100 yang lain cedera.
Serangan bom dipercayai sebagai tindakan balas dendam berikutan kemajuan prestasi kempen pembasmian pengganas di Utara Aleppo yang dilancarkan tentera kerajaan.